Tentera Darat jangka tambah anggota ke Turkiye - Utusan Malaysia

Tentera Darat jangka tambah anggota ke Turkiye

ZAMROSE Mohd. Zain dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tentera Darat Ke- 90 di Pusasda, Port Dickson hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Tentera Darat dijangka menambah anggota dan pegawainya bagi menyertai misi bantuan kemanusiaan mangsa gempa bumi di Turkiye.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain berkata, setiap anggota sentiasa bersedia sekiranya diperlukan untuk misi yang dijangkakan selama enam minggu.

“Saya menjangkakan kemungkinan akan menghantar lagi (anggota) dan kami sudah bersedia. Ketika ini, terdapat seramai 110 anggota tentera dan mereka terlatih dengan pelbagai operasi dan situasi.

“Mereka akan melaksanakan misi yang di jangkakan selama enam minggu namun akan dilanjutkan sekiranya perlu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tentera Darat Ke- 90 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini. 

Zamrose dalam pada itu berkata, Angkatan Tentera Malaysia juga dijangka membina sebuah lagi Hospital Medan Malaysia (HMM) di Turkiye namun dengan skala lebih kecil. 

“Kumpulan tinjau akan bergerak dalam masa terdekat bagi mengenal pasti lokasi bagi membina hospital itu. Bagaimanapun, hospital ini dijangka lebih kecil dan tidak mempunyai dewan bedah seperti di Adiyaman. 

“Kemungkinan mewujudkan sebuah lagi (hospital medan) dan akan menerima arahan selanjutnya daripada semasa ke semasa,” katanya lagi.

Pada 11 Februari lalu, ATM menghantar kumpulan terakhir pasukan perubatannya bagi mengendalikan operasi HMM di Turkiye.

Keseluruhan 110 pegawai dan anggota ATM itu diketuai oleh Brigedier Jeneral Datuk Dr. Amran Amir Hamzah sebagai Pemerintah Operasi, diterbangkan ke Turkiye dengan tiga fasa penghantaran bermula 10 Februari menggunakan pesawat A400 dan pesawat komersial.

HMM akan ditempatkan di Adiyaman dengan bantuan koordinasi dari Kedutaan Turkiye di Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya