Telur cukup sehingga Syawal

Telur cukup sehingga Syawal

ISA Hamzah (kanan) menandatangani plak perasmian pada Majlis Perasmian Program NBME Ejen Pemasar FAMA di Kolej Komuniti Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah memberi jaminan bekalan telur ayam di negeri ini mencukupi untuk menampung permintaan pelanggan sehingga Syawal nanti.

Pengarah FAMA Kedah, Isa Hamzah berkata, ini susulan kerjasama pihak FAMA dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dengan tujuh penternak ayam telur di negeri ini sejak awal tahun ini bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi terutama menjelang Ramadan.

“Selain itu, kita juga telah mendapat bekalan telur tambahan menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar di Melaka sejak tahun lalu. Sehingga kini, kira-kira 350,000 biji telur pelbagai gred dibekal syarikat itu bagi memenuhi permintaan pasaran telur di Kedah.

“Bekalan telur ini akan dipasarkan di semua outlet FAMA di seluruh negeri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) Ejen Pemasar FAMA di Kolej Komuniti Sungai Petani, hari ini.

Tambah Isa, selain telur ayam, bekalan sayur-sayuran juga dijamin mencukupi sepanjang Ramadan ini.

“Saya difahamkan, pada sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini memang ada sedikit masalah bekalan sayur dari Cameron Highlands disebabkan masalah sistem pengangkutan yang terganggu.

“Namun, sekarang ini semua jenis sayur-sayuran sudah boleh didapati di pasaran seperti biasa,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya