Teknologi bantu naik taraf industri pembungkusan - Utusan Malaysia

Teknologi bantu naik taraf industri pembungkusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menaruh keyakinan bahawa industri pembungkusan dalam negara masih boleh diteroka dengan lebih jauh menerusi penggunaan teknologi yang kini semakin canggih.

Menurut Tun M, meneliti kaedah pembungkusan pada zaman sekarang yang semakin ke hadapan, ia dipercayai mampu mengubah landskap industri pembungkusan yang lebih fleksibel, selamat, jimat kos dan memudahkan para pengguna.

“Dahulunya kita banyak guna botol, umpamanya barangan berair atau minyak, peluntur, susu, jus, kopi, buah kering semuanya dibotolkan.

“Ini tidak berkesan dari segi ruang dan berat kerana botol itu sahaja punyai jisim tersendiri. Lagi banyak botol, lebih banyak kotak diguna kerana fizikal botol itu sendiri telah memenuhi ruang.

“Tetapi dengan adanya kaedah pembungkusan yang moden dan fleksibel ini, ia menjimatkan ruang, selamat dan jimat kos,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke kilang PS Poly Pack Sdn Bhd dan PS Food & Beverage Sdn Bhd yang diusahakan Ir Mohd Zain Harun dan keluarga di Klang, Selangor, baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis bermakna itu ialah tenaga kerja syarikat berkenaan iaitu Pengarah PS Poly Pack, Mohd Aliff Mohd Zain, Pengurus Besar, Adilah Shuib, Pengarah PS Medipack Sdn Bhd, Dr Siti Fatimah Zaharah Zulkapli dan Ketua Pegawai Komersial, Wan Syakirah Mohd Rasdi.

Pada masa yang sama, Tun M antara lain memuji usaha dan kesungguhan pemilik empayar perniagaan berkenaan yang dilihat berinisiatif dalam gerak kerja dan operasi kilang yang diusahakan sejak 2010.

“Kita hanya perlu kuasai cara mengguna mesin, komputer, aplikasi moden dan perisian. Jika kita berjaya kuasai bidang ini, pendapatannya begitu lumayan. Satu lagi ialah inovasi yang makanan jenis Meal Ready-to-Eat (MRE).

“Ini biasanya digunakan oleh pasukan polis atau tentera semasa operasi atau pengembara. Selalunya makanan siap masak di dalam bungkusan ini perlu dipanaskan semula mengguna gelombang mikro, ketuhar atau dapur gas.

“Tetapi ada cara baru yang lebih mudah menerusi teknik bahan ‘carbide’. Makanan siap masak dibungkus dalam ‘pouches’ boleh dipanaskan dengan hanya menuangkan air ke atas sebungkus ‘carbide’ tadi. Ini memudahkan pengguna,” katanya.

Sementara itu, Fatin Diana yang merupakan Pengasas Origina juga begitu terharu dengan kata kata dan suntikan semangat diberikan Tun M.

“Saya membesar dengan melihat ketokohan dan kepimpinannya selama ini. Beliau dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden.

“Tentunya momen indah bersua muka atas kunjungan hormat itu satu detik berharga yang saya takkan lupa sampai bila-bila,” katanya.

Dalam pada itu, pengasas produk minuman Origina dan BioWonders itu turut teruja memaklumkan perkembangan terbaharu legasi perniagaannya.

“Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) baru-baru ini ada mengumumkan bahawa syarikat minuman Origina adalah penaja baharu TM Piala Malaysia 2022 dan Liga Malaysia 2023 bermula 26 Oktober lalu.

“Dengan pengumuman ini, Origina akan menjadi pembekal rasmi minuman jus dan susu untuk Liga Malaysia,”katanya.

Untuk rekod, PS Poly Pack Sdn Bhd menjadi syarikat yang berada di belakang tabir mengubah landskap pek pembungkusan cecair dari botol kepada pek pembungkusan fleksibel, atau lebih dikenali dulu dengan pek isian semula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya