PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah melanjutkan tawaran rebat RM15 cukai taksiran hingga 31 Mac 2023 mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Justeru, pihak MBSJ menyeru semua pihak untuk menjalankan tanggungjawab melaksanakan pembayaran cukai bagi memastikan fasaliti, infrastruktur serta kemudahan awam dapat disediakan serta diselenggara dengan baik. P
ara pelanggan boleh melakukan semakan bil hanya dengan mengimbas kod QR pada poster dan mendaftar sebagai ahli EzyMBSJ atau memilih untuk melaksanakan pembayaran cukai taksiran dengan menggunakan kaedah digital dan konvensional.
Para pelanggan juga digalakkan untuk terus melayari laman sesawang MBSJ di www.mbsj.gov.my dan platform media sosial rasmi MBSJ (facebook, instagram dan twitter) untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan talian yang disediakan oleh MBSJ.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan dan Kawalan MBSJ (Command Center) di talian 03 8024 7700. – UTUSAN