Tapisan baik untuk pelihara agama, masyarakat – Faizal Hussein - Utusan Malaysia

Tapisan baik untuk pelihara agama, masyarakat – Faizal Hussein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROSES tapisan LPF bagi pelakon ‘otai’, Faizal Hussein perlu kerana ia penting untuk kebaikan masyarakat dan memelihara kesucian agama, khususnya di negara yang berbilang bangsa dan kepercayaan. 

Bagaimanapun, kata Faizal, sekatan keterlaluan secara tidak langsung menyekat kreativiti pengkarya, sekali gus membantutkan perkembangan industri kreatif. 

“Kalau disekat sekalipun, penonton masih bebas menonton di platform seperti Netflix yang memaparkan adegan lebih teruk. 

“Sepatutnya,  fikir juga bagaimana sekatan dapat dibuat terhadap platform tersebut. Bagi saya, tidak salah kalau LPF melonggarkan sedikit sekatan untuk disesuaikan dengan tuntutan dan kematangan penonton semasa,” katanya. 

Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-25 itu turut mengulas mengenai beberapa babak yang ditapis dalam  filem seram arahan Dain Said, Harum Malam.

Memegang watak pembantu sebagai Kiai Hassan, kata Faizal, dia dapat menjangka beberapa adegan terpaksa ditapis kerana cara pembuatan naskhah itu setanding produksi untuk tayangan di Netflix. 

“Ketika penggambaran  filem ini, ada adegan makan darah. Saya lihat proses pembikinan  filem ini setaraf produksi dihasilkan untuk Netflix. 

“Ia secara tidak langsung membuktikan keupayaan pembikin  filem tempatan dan menunjukkan kita juga mampu menghasilkan produksi yang hebat apabila disokong bajet yang bagus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya