Takkan saya bergelek 24 jam setahun? - Ani Maiyuni - Utusan Malaysia

Takkan saya bergelek 24 jam setahun? – Ani Maiyuni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI penyanyi, Ani Maiyuni, persoalan penyanyi komersial ‘mencaras’ peluang penyanyi nasyid tidak seharusnya diperdebatkan kerana semuanya berbalik kepada rezeki yang telah ditetapkan Tuhan. 

Jelasnya, kerjasama baik dengan pihak penganjur juga menjadi antara sebab dia masih kekal sebagai penyanyi residen sepanjang Ramadan di Hotel Royal, Kuala Lumpur. 

“Rezeki dan peluang yang baik, siapa nak tolak? Walaupun saya penyanyi dangdut, pilihan lagu yang dipersembahkan lebih banyak kepada ketuhanan dan kerohanian. Bukan dangdut semata-mata.

“Bagi penganjur, mereka melihat dari sudut perniagaan kerana tetamu yang hadir berbilang kaum dan agama. Jadi, mereka memilih penyanyi komersial yang boleh menyanyikan lagu pelbagai genre. 

“Saya percaya, ramai rakan artis nasyid yang sibuk sepanjang bulan puasa. Mereka juga memenuhi undangan persembahan. Tidak timbul isu persaingan,” katanya. 

Dalam pada itu, Ani menambah, dia juga tahu batas dan adab sebagai penyanyi, terutama ketika membuat persembahan pada Ramadan. 

“Janganlah anggap kami ambil mudah semua perkara. Takkan saya bergelek 24 jam setahun? Kalau ada permintaan, baru saya akan menyanyikan lagu-lagu dangdut. Jangan asal penyanyi dangdut sahaja, pandang negatif. 

“Malah, saya memilih pakaian yang sopan untuk menghormati kemuliaan Ramadan. Apa kata datang dahulu dan nilai sendiri, jangan buat andaian sendiri,” ujarnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya