KUALA LUMPUR: Kehadiran syarikat-syarikat asing di negara ini boleh membantu menyediakan banyak peluang kerja profesional khusus untuk siswazah tempatan. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (PAPA), Datuk Foo Yong Hooi berkata, sehubungan itu prosedur kemasukan syarikat asing perlu dilonggarkan supaya lebih banyak yang akan menanam modal di negara ini. “Kerajaan perlu menarik pelaburan asing dengan banyak sekali gus menempatkan syarikat asing di dalam negara yang membuka peluang pekerjaan dalam bidang profesional,” katanya ketika dihubungi, semalam. Dalam pada itu juga, katanya, wujud kekangan untuk menyediakan pekerjaan kerana berlaku…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya