Suami isteri maut, motosikal bergesel kereta - Utusan Malaysia

Suami isteri maut, motosikal bergesel kereta

KEADAAN motosikal berkuasa tinggi ditunggang mangsa kemalangan maut di Kilometer 296.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara. semalam. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal berkuasa tinggi mereka bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 296.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.15 petang itu, mangsa, Mohd. Rizal Othman, 48, dan isteri, Azura Abdullah, 48, cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, nahas membabitkan motosikal jenis BMW R1200 GS Adventure ditunggang mangsa dan kereta Perodua Bezza dipandu wanita berusia 25 tahun.

Katanya, siasatan mendapati, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu bergesel dengan kereta di lorong kanan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat suami isteri terbabit dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Pemandu kereta mengalami luka di jari tangan kanan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kemalangan yang berlaku di jalan berturap, dua lorong satu hala dan sedikit selekoh itu menyebabkan kedua-dua kenderaan rosak di beberapa bahagian.

“Kenderaan terlibat telah dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya