SPRM terima dokumen UiTM - Utusan Malaysia

SPRM terima dokumen UiTM

SPRM UiTM
AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan menerima dokumen daripada pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung dakwaan ketirisan dan kerugian dalam UiTM Holdings.

Malah, dalam perkembangan sama SPRM turut melihat keperluan untuk membuat siasatan forensik terhadap akaun universiti terbesar itu untuk mengesan kesalahan rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa seperti dilaporkan.

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM perlu melihat secara keseluruhan berikutan dakwaan dan kerugian tersebut sudah pun berlaku dan siasatan sudah dibuat sejak dua tahun lalu.

“Kita dapat kerjasama daripada UiTM untuk mendapatkan dokumen-dokumen (berkaitan), jadi kita perlu mengkaji atau membuat siastan forensik terhadap akaun UiTM kerana ia sudah berlaku. 

“Jadi, kita kena lihat bagaimana kehilangan (kerugian dan ketirisan) itu boleh berlaku. Mungkin kehilangan disebabkan oleh projek-projek tertentu, apabila campur-campur maka menjadi makin tinggi (nilainya),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan cawangan baharu SPRM Kuala Selangor, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan UiTM melalui sayap pelaburannya mengalami kerugian terkumpul sebelum cukai sehingga RM157.04 juta selama empat tahun berturut-turut dan RM157.8 juta dalam tempoh 10 tahun.

Malah, akhbar sama turut mendedahkan dakwaan pembaziran dilakukan universiti terbesar itu dalam pengurusan kewangannya yang dikatakan sepatutnya boleh digunakan untuk kebajikan mahasiswa dengan mengambil iktibar daripada kerugian dialami UiTM Holdings.

Dalam pada itu, Azam menjelaskan siasatan dilakukan terhadap UiTM adalah berdasarkan aduan yang diterima dan sedang mengesan jika berlaku elemen seperti rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.

“Kadang-kadang apabila berlaku ketidakpatuhan dalam sesuatu isu macam contohnya perolehan dan sebagainya, yang penting di sini apabila pegawai menyiasat, mereka hendak lihat ada tak elemen salah guna kuasa atau rasuah di situ.

“Yang dikatakan intact ataupun datang bersama-sama dengan tindakan-tindakan yang (bersifat) tidak patuh. Ketidakpatuhan itu mungkin menjadi satu indikator, kita hendak tengok ada tak,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya