SMK Arau jana pendapatan hasil harumanis

SMK Arau jana pendapatan hasil harumanis

NORYAH Md Noh (kiri) meninjau keadaan pokok mempelam harumanis yang ditanam di sekeliling kawasan sekolah yang memberi pendapatan tambahan kepada sekolah di SMK Arau, Perlis, semalam.- UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arau di sini, mengambil pendekatan tersendiri menjana pendapatan dengan menggunakan ruang kosong kawasan sekolah untuk tanaman pokok mempelam harumanis.

Hasilnya, selepas beberapa tahun usaha tersebut dilaksanakan dengan kerjasama guru-guru, sekolah berkenaan menjana pendapatan hasil jualan harumanis. Tahun lalu, hasil jualan buah mempelam harumanis berkenaan meraih sehingga lebih RM10,000.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengetua SMK Arau, Noryah Md. Noh berkata, terdapat lebih 80 batang pokok yang ditanam di sekeliling kawasan sekolah itu hasil kerjasama guru-guru yang turut memainkan peranan bagi menjayakan usaha tersebut.

Katanya, guru-guru serta kakitangan sekolah mengambil peranan bagi menjaga pokok-pokok berkenaan yang akhirnya membuahkan hasil.

“Kita mencari inisiatif dalam menjana pendapatan tambahan untuk digunakan bagi tujuan tertentu demi kebaikan sekolah,” katanya.

Noryah berkata, buah-buah berkenaan selalunya dijual kepada guru-guru dan kenalan yang berminat dengan harga berpatutan antara RM15 sehingga RM25 sekilogram.

Katanya, hasil keuntungan itu turut digunakan bagi membaik pulih kemudahan infrastruktur di sekolah tersebut dalam memastikan pelajar dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan lebih selesa.

“Alhamdulillah inisiatif ini memberi pulangan sekali gus memastikan persekitaran sekolah yang lebih kondusif buat pelajar,” katanya.

Katanya, terdapat beberapa sekolah lain di negeri ini turut menggunakan pendekatan sama bagi mencari pendapatan tambahan dan usaha itu sewajarnya dikembangkan lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya