SMART tumpu 2 sektor kawasan gempa bumi

SMART tumpu dua sektor kawasan gempa bumi di Turkiye

SMART menyertai misi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan kejadian gempa bumi di tenggara Turkiye dan sempadan Syria mampu melaksanakan Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di dua sektor yang terjejas secara serentak.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua kontinjen pasukan kedua misi SAR ke Turkiye, Penguasa Bomba dan Penyelamat Malaysia, Abdul Manaf Che Isa berkata, pasukan SMART akan melaksanakan operasi SAR mengikut sektor yang ditetapkan kelak sebaik tiba di negara berkenaan.

Kata beliau, lokasi yang akan menempatkan pasukan SMART adalah mengikut hierarki keperluan SAR di lapangan.

“Buat masa ini, tidak dapat dijelaskan secara terperinci namun dengan jumlah keanggotaan sedia ada dan anggota tambahan yang akan bergerak malam ini, membolehkan pasukan SMART melakukan SAR bagi dua sektor sekurang-kurangnya yang mana kemampuan pasukan kami diiktiraf sebagai pasukan Heavy Urban Search and Rescue (USAR) di Asia oleh International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG).

“Untuk setiap sektor yang akan ditetapkan nanti tidak ada ketetapan keluasan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Manaf berkata, pasukan kedua pasukan SMART akan berlepas ke Turkiye kira-kira pukul 11.50 malam ini menaiki penerbangan Turkish Airlines.

Kata beliau, turut serta berangkat ke negara itu iaitu dua ekor anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye.

“Misi kedua ini adalah penambahan anggota sedia ada di ‘affected country’ yang mana sebanyak 70 orang terdiri 20 orang daripada SMART, Bomba (30 orang), Angkatan Pertahanan Awam (20 orang) yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Dua anjing milik bomba Denti dan Frankie iaitu masing-masing dari baka English Springer Spaniel serta Labrador juga akan turut serta dalam misi bantuan kali ini,” jelasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 70 lagi anggota SMART akan diterbangkan ke Turkiye malam ini selepas keberkesanan ditonjolkan pasukan pertama ketika berada di Turkiye.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan turut melaporkan seramai 70 anggota SMART  telah selamat tiba di Istanbul pada pukul 6 pagi waktu tempatan semalam.

Kesemua mereka telah digerakkan ke Adana bagi misi mencari dan menyelamat di kawasan berkenaan yang terletak 500 km dari Ankara atau 987 km dari Istanbul.

Selain itu, katanya, Wisma Putra dan NADMA dilantik untuk mengetuai Pasukan Petugas secara bersama bagi menyelaraskan usaha bantuan kemanusiaan dari Malaysia termasuk daripada pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), susulan kejadian gempa bumi yang menimpa Turkiye dan Syria. 

Objektif utama penubuhan Pasukan Petugas itu juga adalah untuk memastikan segala persiapan dan perancangan bagi saluran bantuan kemanusiaan ke negara-negara terkesan akibat bencana gempa bumi ini berjalan lancar, teratur serta memenuhi garis panduan oleh Kerajaan-Kerajaan berkenaan.

SMART mula masuk ke kawasan bencana 

Sementara itu pasukan berkenaan dialporkan mula  masuk ke kawasan bencana gempa bumi hari ini bagi membantu misi mencari dan menyelamat di Turkiye. 

Menurut NADMA, terdapat kelewatan operasi berikutan masalah kesesakan di Lapangan Terbang Adana yang merupakan pintu masuk ke kawasan bencana. 

“Pergerakan menggunakan jalan darat dari Adana ke Aziantep akan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Semoga dipermudahkan perjalanan dan semua urusan pasukan di sana,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. 

Terdahulu, seramai 70 anggota pasukan SMART berlepas ke Turkiye kelmarin, untuk terlibat dalam misi bantuan mencari dan menyelamat mangsa yang terjejas bersama pihak berkuasa tempatan. 

Ia selepas dua gempa bumi berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud melanda Turkiye, baru-baru ini. 

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan jumlah kematian ekoran kejadian itu boleh mencapai lebih 20,000 orang. –utusan

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya