SMART dijangka masuk kawasan bencana hari ini

SMART dijangka masuk kawasan bencana hari ini

ANGGOTA SMART tiba di Lapangan Terbang Adana, Turkiye, hari ini sebelum meneruskan misi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi.- IHSAN NADMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dijangka masuk ke kawasan bencana gempa bumi di Turkiye hari ini bagi membantu misi mencari dan menyelamat. 

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), terdapat kelewatan operasi berikutan masalah kesesakan di Lapangan Terbang Adana yang merupakan pintu masuk ke kawasan bencana. 

“Pergerakan menggunakan jalan darat dari Adana ke Aziantep akan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Semoga dipermudahkan perjalanan dan semua urusan pasukan di sana,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. 

Terdahulu, seramai 70 anggota pasukan SMART berlepas ke Turkiye kelmarin, untuk terlibat dalam misi bantuan mencari dan menyelamat mangsa yang terjejas bersama pihak berkuasa tempatan. 

Ia selepas dua gempa bumi berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud melanda Turkiye, baru-baru ini. 

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan jumlah kematian ekoran kejadian itu boleh mencapai lebih 20,000 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya