'Sistem pendidikan kita hanya fokus lulus peperiksaan'

‘Sistem pendidikan kita hanya fokus lulus peperiksaan’

NURUL HAZWANI HASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sistem pendidikan Malaysia perlu ditambah baik dengan mengutamakan aspek kemenjadian murid dalam menganalisa dan berfikir dalam setiap aspek pengetahuan.

Calon Ketua Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan berkata, hal ini kerana tumpuan sistem pendidikan masa kini hanya diberikan untuk mengajar pelajar bagaimana untuk lulus peperiksaan, bukannya menilai fakta.

Justeru, beliau melihat sudah masanya para pelajar diberikan ruang untuk bertanya soalan, sama ada melibatkan politik, agama, dasar kerajaan dan dasar luar sebagai pendedahan awal.

“Pendek kata kita tidak mendidik rakyat Malaysia, kita mengindoktrinasi mereka, dalam erti kata lain adalah ‘brainwash’.

“Inilah sebabnya kenapa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai infrastruktur dunia pertama tetapi mempunyai mentaliti dunia ketiga,” katanya dalam kenyataan.

Nurul Hazwani kemudian menegaskan minda rakyat negara perlu diperbaharui kerana tanpanya tanah air tidak akan berjaya.

Katanya lagi, usaha itu haruslah bermula dari kecil terutama yang berusia tujuh tahun.

“Pada masa kanak-kanak itu berumur 17 tahun, apa sahaja yang diajar kepadanya selama sepuluh tahun itu akan membentuknya.

“Tidak ada sesiapa dalam dunia ini dilahirkan sebagai kurang pandai, lemah dan lain-lain. Mereka sebenarnya kurang diberi perhatian terutama daripada segi pelajaran yang boleh menyebabkan mereka tercicir,” katanya.

Ujar Nurul Hazwani lagi, semuanya boleh dilaksanakan akan tetapi memerlukan seorang yang berani untuk memperjuangkan pembaharuan sistem pendidikan.

“Ini kerana akan ada tentangan daripada mereka yang merasakan bahawa pelajar tidak boleh berfikir tetapi mesti diajar apa yang perlu difikirkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya