SICC perkenal Menu Rahmah sempena Ramadan

SICC perkenal Menu Rahmah sempena Ramadan

ANTARA hidangan sempena Ramadan yang disediakan di SICC, Kota Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) menampilkan kelainan sempena Ramadan tahun ini dengan memperkenalkan Menu Rahmah untuk menu berbuka puasa.

Ketua Pegawai Eksekutif D’Heritage Sdn Bhd (SICC), Datuk Rosmawati Lasuki berkata, Menu Rahmah itu akan ditawarkan bermula dari 31 Mac hingga 21 April dengan hidangan asas sepert ikan, sayur dan juga bubur.

“Inisiatif ini diambil bagi membolehkan mereka yang kurang berkemampuan dapat menikmati hidangan yang disediakan dengan bahan yang segar. Hidangan Menu Rahmah ini bermula pada harga RM5.

“Langkah ini sebagai usaha pihak SICC menyahut saranan kerajaan perpaduan dalam menyediakan hidangan yang mampu dinikmati oleh mereka yang kurang berkemampuan.

“Selain hidangan bufet Ramadan yang berharga ratusan ringgit, kami juga menyediakan menu berharga RM5 agar semua orang boleh menikmati hidangan berbuka puasa disediakan di SICC,” katanya semasa memperkenalkan menu Ramadan SICC semalam.

Beliau berkata, pelanggan yang ingin mendapatkan Menu Rahmah ini boleh datang ke SICC dan menikmati hidangan yang disediakan di ruangan makan yang dikhaskan.

Menurut Rosmawati, SICC masih menampilkan 700 hidangan untuk memberi banyak pilihan kepada pelanggan.

“Hidangan masakan Diraja yang menjadi pilihan orang ramai pada Ramadan yang lalu masih dikekalkan dan kita bertuah keranaa chef kita memang pakar dalam masakan istana.

“Malah, kita juga menampilkan hidangan ikan bakar yang akan dimasak secara langsung,” katanya.

Seperti tahun lalu, bufet Ramadan SICC boleh memuatkan sehingga 1,500 orang pelanggan pada satu-satu masa.

Pada tahun ini, SICC bekerjasama dengan penyanyi, Harris Baba yang akan mengendalikan Festival Borneo Mega Raya yang akan diadakan di SICC pada 7 hingga 19 April.

Jelas beliau, festival jualan selama 13 hari itu memberi ruang kepada pengusaha jenama tempatan di Sabah, Sarawak dan Brunei untuk menyertai jualan mega yang turut menampilkan jenama artis-artis terkenal tanah air.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya