SESB perkenal meter prabayar bekalkan elektrik di stinggan

SESB perkenal meter prabayar bekalkan elektrik di kawasan setinggan

KAKITANGAN SESB melakukan pemotongan wayar sambunga haram di penempatan setinggan Kampung Numbak di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melantik sebuah syarikat berlesen untuk mengagihkan bekalan elektrik secara bebas ke penempatan setinggan di seluruh Sabah.

Pengurus Besar Pembahagian SESB, Ir. Addie Ahmad berkata, di peringkat awal projek perintis membekalkan elektrik menggunakan konsep meter prabayar ini telah dimulakan di Kampung Forest, Sandakan pada hujung tahun lalu.

“Ini antara usaha membekalkan elektrik kepada mereka yang tidak layak memohon penyambungan bekalan elektrik daripada SESB.

“Syarikat yang dilantik akan membekalkan elekrik kepada penempatan setinggan melalui talian utama yang disediakan oleh SESB.

“Namun, syarikat tersebut juga bertanggungjawab untuk membetulkan tiang-tiang elektrik di kawasan setinggan, menggantikan kabel elektrik yang mengalami kerosakan dan membuat pendawaian di dalam rumah setinggan agar lebih teratur,” katanya selepas operasi bersepadu penyambungan haram di penempatan setinggan di Kampung Numbak hari ini.

Menurut Addie, projek perintis ini membabitkan 800 rumah setinggan di Kampung Forest dan jika ia berjaya dan menerima sambutan yang baik dalam kalangan pengguna, bekalan elektrik melalui konsep meter prabayar ini akan diperluaskan ke kawasan setinggan lain di Sabah.

Apabila projek perintis ini tamat, SESB akan mengetahui hasil dan keberkesanan bekalan elektrik secara bebas pada bulan April.

“Kita mengalu-alukan projek ini diperluaskan kerana ia akan membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak iaitu SESB dan pengguna di kawasan setinggan.

“Di pihak SESB, kerugian kita alami akibat penyambungan haram dapat dikurangkan dan bagi pengguna pula, mereka dapat menerima bekalan elektrik secara sah walaupun mereka tiada dokumen yang diperlukan.

“Bayaran untuk meter prabayar itu akan dibayar oleh pengguna kepada syarikat yang dilantik secara langsung atau dibayar sendiri oleh pengguna menerusi bil yang akan dikeluarkan,” katanya.

Di Sabah, terdapat 193 koloni setinggan yang menempatkan 31,000 rumah telah dikenalpasti di seluruh Sabah.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya