Semua pihak perlu patuhi titah Agong - PM

Semua pihak perlu patuhi titah Agong – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar kemelut politik yang berpanjangan mesti dihentikan perlu dipatuhi oleh semua pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seruan Seri Paduka agar semua pihak agar menumpukan sepenuhnya kepada usaha membangkitkan semula ekonomi.

“Titah Tuanku agar kemelut politik yang berpanjangan mesti dihentikan dan menumpukan sepenuhnya kepada usaha membangkitkan semula ekonomi mesti dipatuhi semua pihak,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ketika bertitah merasmikan pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Parlimen hari ini, Al-Sultan Abdullah menyambut baik permuafakatan yang dicapai dalam kalangan pimpinan parti Kerajaan Perpaduan, yang selari dengan hasrat baginda untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan utuh

Seri Paduka bertitah, kerajaan boleh menumpukan daya usaha untuk memperkuat tekad bagi menjamin kestabilan politik dan menjana pertumbuhan ekonomi yang akan menjamin kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah berharap Anwar adalah Perdana Menteri terakhir sebelum baginda menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada Januari tahun depan.

Seri Paduka Baginda bertitah, terpahat dalam sejarah negara bahawa baginda merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong diberi keafiatan untuk memerintah negara dengan empat orang Perdana Menteri bersama empat jemaah menteri berlainan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya