9 tahun mengelak, wanita mohon maaf pada isteri Hafidz Roshdi

Sembilan tahun cuba mengelak, wanita mohon maaf pada isteri, anak Hafidz Roshdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wanita yang dikaitkan dalam isu orang ketiga rumah tangga Hafidz Roshdi tampil membuat permohonan maaf pada isteri dan anak pelakon tersebut.

Permohonan maaf itu dibuat Athira Yuhada menerusi kemas kini dalam akaun Instagram miliknya, semalam.

Athira mengakui, dia mementingkan diri dan tidak memikirkan hati isteri serta anak pelakon tersebut hingga akhirnya mencetuskan kontroversi di media sosial.

“Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi mohon maaf daripada Shuhada, Humairah dan Umar.

“Saya berkali-kali cuba cara paling terbaik untuk mengelak daripada Hafidz yang menghubungi saya sejak tempoh sembilan tahun lalu,” tulisnya.

Menurut Athira, sebagai wanita, dia tidak berupaya mengelak kejadian itu, terutama selepas mengetahui keadaan kesihatan mental Hafidz yang membuatkan dia jatuh simpati.

“Saya mahu memberikan sokongan kepada Hafidz. Namun, saya mengaku lemah dan bodoh sebab terjerumus dalam situasi ini,” katanya.

Dalam masa sama, Athira menjelaskan, perkara tersebut sudah lama berakhir dan berjanji tidak akan menghubungi Hafidz lagi.

Terdahulu, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik tangkap layar Instagram Stroy mendakwa rumah tangganya diganggu pihak ketiga.

Menerusi luahan tersebut, Nurul Shuhada berkata, wanita tersebut juga pernah berkunjung ke rumah mereka.

Siuasi menjadi lebih panas apabila tangkap layar paparan skrin perbualan Hafidz dengan kekasihnya tular di media sosial sehingga menjadi bahan sindiran netizen.

Hafidz bagaimanapun, masih belum memberikan sebarang penjelasan berhubung dakwaan tersebut dan hanya memuat naik kandungan media sosial yang cuba mengalihkan perhatian netizen.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya