Selangor tegah penganut Islam sambut Thaipusam - Utusan Malaysia

Selangor tegah penganut Islam sambut Thaipusam

MOHD. ZAWAWI AHMAD MUGHNI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memandang serius satu video tular dipercayai melibatkan beberapa individu dipercayai beragama Islam yang mengikuti perarakan Perayaan Thaipusam pada Ahad lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata,  tindakan mereka boleh menjejaskan akidah serta iktikad sebagai seorang Islam memandangkan perayaan tersebut mengandungi ritual keagamaan.

“Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil 1/ 2008 memutuskan bahawa sebarangvamalan dan pelakuan orang Islam dalam hal-hal berkaitan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ditegah oleh Islam.

“Sehubungan dengan itu orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak terpengaruh serta terikut-ikut dengan upacara ritual agama lain yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam,”katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau menambah, video berdurasi 27 saat tersebut juga terdengar beberapa sebutan seakan bacaan dalam upacara keagamaan Hindu oleh individu terbabit.

Justeru, Mohd. Zawawi menasihatkan pihak terbabit yang mengikutinya dengan niat untuk bersuka-suka atau terlibat sebagai pesta kebudayaan supaya bertaubat kepada Allah SWT.

Umat Islam juga katanya, disarankan agar menghubungi pihak Jabatan Mufti atau Jabatan Agama Islam Selangor sekiranya ingin mendapatkan pandangan dan penjelasan berkenaan hukum syarak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya