Sekretariat tetap dibentuk atasi isu pertindihan 6,000 kursus TVET

Sekretariat tetap dibentuk atasi isu pertindihan 6,000 kursus TVET

AHMAD Zahid Hamidi ketika hadir mempengerusikan Mesyaurat Jawatankuasa Majlis TVET Negara di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mewujudkan satu sekretariat tetap sebagai penyelaras pengajian Latihan Pendidikan Vokasional dan Teknikal (TVET) di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini terdapat 12 kementerian berbeza mengendalikan sejumlah 1,295 pusat kemahiran itu di seluruh negara mengakibatkan berlaku pembaziran peruntukan lebih RM6.7 bilion setiap tahun apabila lebih 6,000 kursus ditawarkan bertindih antara satu sama lain.

“Pada masa sama, kami juga prihatin mengenai isu perebutan pelatih baharu untuk masuk ke pelbagai pusat latihan selain masalah kadar kebolehpasaran lepasan jatuh,” jelasnya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara yang dihadiri Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, di sini hari ini.

Ditubuhkan pada 2021 lalu, majlis berkenaan diwujudkan bagi menambah baik ekosistem TVET tempatan sebagai agenda nasional dengan memperuntukkan RM6.6 bilion bagi memperkasakan bidang itu melalui pelbagai inisiatif selaras dengan Bajet 2022.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, tahap kebolehpasaran graduan juga merosot bawah 50 peratus, sedangkan 280 pusat TVET dikendalikan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memperlihatkan kira-kira 98 peratus graduannya tidak menganggur.

“Saya sendiri pantau prestasi puluhan GiatMara, Institut Kemahiran Mara, Kolej Poly Tech Mara dan Uni-KL, memang tiada masalah sebab kursus ditawarkan ada nilai,” tambahnya.

Sehubungan itu ujar beliau, sekretariat dibentuk itu akan menilai balik semua pengajian ratusan pusat TVET yang bermasalah untuk menyediakan kursus sesuai dengan pasaran antaranya berkaitan kepintaran buatan, revolusi industri 4.0 dan teknologi komunikasi maklumat pasca generasi kelima.

Walau bagaimanapun, beliau memberi jaminan tiada premis pendidikan itu akan ditutup, tetapi pengajaran bakal ditambah baik dengan bidang memenuhi pihak industri termasuk penglibatan syarikat swasta untuk membiayai pusat TVET dengan bidang diperlukan dan membolehkan pelajarnya dapat terus diambil bekerja.

Oleh itu, bagi menjayakan misi tersebut, kerajaan berhasrat menggubal akta baharu atau meminda yang sedia ada bagi memastikan pengajian TVET akan lebih berdaya saing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya