Sebak bila kejayaan ini hadir tanpa ibu saksikan - Aleeya Avenys - Utusan Malaysia

Sebak bila kejayaan ini hadir tanpa ibu saksikan – Aleeya Avenys

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selebriti dan pengasas produk popular, Aleeya Zailan terharu apabila akhirnya berjaya merealisasikan impiannya untuk membuka stor fizikal pertamanya.

Kongsi Aleeya, perniagaan yang bermula ketika era pandemik itu memberi cabaran dan dugaan yang cukup hebat untuk ditempuhi namun berkat sokongan pelanggan, jenama itu masih teguh sehingga sekarang,

“Ramai sedia maklum, bisnes Avenys bermula di era pandemik dan segala urus niaga diusahakan secara atas talian menerusi platform maya dek kekangan yang ada pada waktu itu.

“Sebab itu apabila hari ini saya lihat sendiri depan mata butik yang selama ini hanya berlegar-legar di fikiran tanpa boleh menyentuhnya, bagaikan tidak percaya.

“Akhirnya penat lelah kami keluarga Avenys memerah kudrat kira-kira setahun lebih akhirnya membuahkan hasil,” katanya.

Namun di sebalik kegembiraan itu, pengasas produk Avenys itu sebak mengenangkan Allahyarham ibunya yang telah pergi ke negeri abadi sebelum sempat melihat kejayaannya.

“Selain kewangan yang semakin kukuh, menerusi bisnes ini juga Allah telah hadirkan bukan seorang tetapi ribuan pelanggan yang salin tak tumpah seperti arwah ibu.

“Nasihat yang dulunya dititipkan dari mulut arwah ibu kini masih saya dengari dan perolehinya daripada para pelanggan Avenys yang sentiasa mendoakan kejayaan kami.

“Bayangkan saya selalu menerima nasihat daripada ibu-ibu yang kebanyakannya adalah pengikut setia di laman sosial. Mereka tak pernah jemu memberikan sokongan,” katanya.

Dalam pada itu, suaminya, Azri Aziz atau lebih mesra disapa Big Boss turut berkongsi kesedihan selepas kehilangan bapanya pada Disember lalu.

“Memang sedih, tetapi saya tetap gembira dengan pembukaan butik ini dan akan sentiasa ingat pesan arwah agar sentiasa bersikap jujur serta rajin dalam melakukan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama, Avenys turut memperkenalkan produk terbaharu keluaran mereka berupa jel mandian yang dihasilkan dalam lima haruman iaitu Midnight Dream, Autumn Kiss, Twilight Bliss, Rose Paradise dan Sea Breeze.

Butik pertama Avenys itu dibuka di aras bawah dalam pusat beli-belah Alpha Angle Wangsa Maju dan telah pun memulakan operasi pada awal tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya