Scammer pelaburan dalang warga UK: 10 suspek ditahan

Scammer pelaburan dalang warga UK: 10 suspek ditahan

SERAMAI 10 individu disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan dibawa untuk permohonan perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 10 individu ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung sindiket penipuan pelaburan dikenali Op Tropicana.

Kesemua suspek iaitu tujuh lelaki dan tiga wanita yang ditahan reman itu masing-masing lima warga British, dua Filipina dan tiga warga tempatan.

Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab. Shukor turut menetapkan tempoh reman sehingga 27 Februari ini.

Sebelum ini, SPRM membongkar satu sindiket ‘scammer pelaburan’ yang didalangi oleh warga United Kingdom (UK) bersama beberapa negara lain kerana turut terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram serta rasuah.

Operasi yang dinamakan sebagai Op Tropicana itu adalah kerjasama SPRM bersama Jabatan Imigresen Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), CyberSecurity Malaysia, Telekom Malaysia (TM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kejayaan membongkar sindiket itu dibuat hasil risikan dengan kerjasama antara agensi di Australia serta beberapa negara luar, juga dibuat oleh Bahagian AML, SPRM.

Sumber berkata, reman sejumlah individu OKT hari ini adalah membantu dalam siasatan berhubung sindiket yang terdiri daripada warga Australia, Britain, Afrika Selatan dan Filipina.

Katanya, mereka dipercayai menipu mangsa yang terdiri daripada warga Australia dan Britain dengan memperdaya mereka untuk membuat pelaburan yang tidak wujud.

“Seramai lebih kurang 164 orang pegawai daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi besar-besaran yang ketuai oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM semalam.

“Sebanyak 24 lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah diserbu termasuk tiga pusat panggilan atau ‘Boiler Room’ sindiket tersebut iaitu dua di Kuala Lumpur manakala satu lagi di Pulau Pinang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya