PUTRAJAYA: Sejumlah RM312.5 juta nilai akaun bank dibekukan milik individu dan syarikat kerana disyaki menyalahgunakan perniagaan untuk menjalankan aktiviti haram serta pengubahan wang haram. Pembekuan akaun itu termasuk milik rakan kongsi perniagaan, keluarga dan syarikat subsidiari yang digunakan bagi mengaburi pihak berkuasa kononnya ‘menyucikan’ duit yang diperoleh akibat pelanggaran undang-undang di bawah akta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup (KPDN). Mendedahkan kepada Mingguan Malaysia, Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, keuntungan atau jualan daripada barangan atau perniagaan perolehan haram itu kemudian dimasukkan ke dalam akaun perniagaan atau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya