Rasuah RM15 Juta projek pengkalan Pahang: 3 individu ditahan

Rasuah RM15 Juta projek pengkalan Pahang: 3 individu ditahan

SPRM menahan tiga individu terdiri daripada pengarah syarikat kerana disyaki terlibat dalam penerimaan rasuah berjumlah kira-kira RM15 juta di Mahkamah Majistret, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu terdiri daripada pengarah syarikat kerana disyaki terlibat dalam penerimaan rasuah berjumlah kira-kira RM15 juta bagi mendapatkan projek pembinaan sebuah pengkalan di Pahang.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 40 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.30 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM, di sini.

Sumber berkata, suspek pertama dipercayai seorang pengarah syarikat yang melobi projek pembinaan tersebut, manakala dua lagi suspek yang juga pengarah syarikat berbeza disyaki meminta serta menerima rasuah yang kononnya untuk diserahkan kepada seorang bekas menteri.

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 17 Februari dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya