Rapat dengan Ubai, Shila Amzah mengaku sedang bahagia

Rapat dengan Ubai, Shila Amzah mengaku sedang bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah tidak menafikan sedang rapat dengan personaliti media sosial, Ubai, malah turut mengakui dirinya kini dalam fasa bahagia.

Shila berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi siaran langsung Instagram (IG Live), petang tadi ketika menjawab soalan daripada pengikutnya di laman sosial tersebut.

Ketika ditanya tentang status hubungannya dengan Ubai, Shila hanya memberitahu, dirinya sedang bahagia.

“Cukuplah orang tahu saya sedang bahagia,” jawabnya ringkas.

Sebelum itu, Shila turut mengakui, dia kini dalam fasa mengenali hati budi Ubai, namun belum memikirkan hal perkahwinan dalam masa terdekat.

Shila turut meminta peminat bersabar kerana bagi penyanyi Masih Aku Cinta itu, dia tidak perlu tergesa-gesa dalam perhubungan.

“Untuk saya yang pernah bernikah, kita perlu betul-betul kenal sebelum mengambil langkah seterusnya. Sabar ya semua, sabar…

“Kita tidak akan kahwin cepat-cepat. Bagilah kita rock and roll dulu. Kalau orang sedang berpacaran, perlu ke terus bernikah?, “ katanya.

Pada sesi tersebut, Shila kelihatan tenang, biarpun diasak pelbagai soalan daripada peminat yang inginkan pengesahan mengenai kisah cintanya.

“Selagi masih belum akad, belum sah… Dia kena salam lepas tu “sah” barulah… Apa lagi nak cakap ni?,” katanya tenang.

Dalam pada itu, Shila turut menerima pujian daripada pelayar laman sosial yang mengikuti sesi siaran langsung tersebut, termasuk meminta tips untuk sentiasa positif dan ceria.

Spekulasi mengenai hubungan cinta Shila mula tercetus apabila rakaman video dia memanggil Ubai dengan panggilan sayang ketika sesi siaran langsung di TikTok tular di media sosial.

Susulan itu menerusi temu ramah dengan media, Ubai mengakui, mereka semakin rapat selepas penyanyi tersebut mengalami fasa sukar dalam hidupnya (bercerai).

Dalam perkembangan lain, Shila kini sibuk dengan persiapan menjelang Anugerah Juara Lagu ke-37 yang bakal berlangsung, Ahad ini.

Shila mempertaruhkan lagu Bahagiakan Dia, duet bersama Liza Hanim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya