Ramasamy tidak diperlukan PH – Sany Hamzan

Ramasamy tidak diperlukan PH – Sany Hamzan

MOHD. SANY HAMZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan daripada Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy tidak sepatutnya berada di dalam Pakatan Harapan (PH) susulan kenyataannya yang didakwa memberi kesan negatif kepada gabungan itu.

Katanya, kenyataan dikeluarkan Ramasamy berhubung mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwa didominasi oleh orang Melayu hanya memberi kesan negatif kepada DAP iaitu salah satu komponen di dalam PH.

Katanya, lontaran kata itu dibuat oleh Ramasamy hanya mencari publisiti murahan demi menjadi ‘hero’ kepada kaumnya sendiri.

“Tindakan sebegini sudah tentu menyusahkan PH. Kenyataan itu juga bertentangan dengan dasar Malaysia Madani yang sedang dipelopori oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim  dan ia satu sabotaj kepadanya.

“Bagi saya, ia tidak wajar keluar dari rakyat negara ini jika mereka mahu menjaga keharmonian antara kaum. Oleh itu, saya menyeru rakyat negara ini jangan melayan orang semacam ini.

“DAP pula saya yakin tertekan dengan kenyataan macam ini dan perlu berbuat sesuatu kerana ini bukan kenyataan pertama dari beliau yang menyusahkan partinya sendiri,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Ramasamy menggesa Perdana Menteri mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwa didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, hujah lama yang memihak kepada penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi Cina tidak lagi terpakai.

Malah, beliau turut mendakwa terdapat juga diskriminasi kaum secara rahsia apabila ia berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Pengerusi PH itu mengatakan pandangan Ramasamy hanya bersikap individu dan tidak mewakili pendirian DAP mahupun kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya