Ramai layak jadi MB Selangor - Utusan Malaysia

Ramai layak jadi MB Selangor

MB Selangor
ISKANDAR ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) Selangor masih mempunyai ramai calon yang layak untuk diketengahkan sebagai Menteri Besar sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bendahari Pas, Iskandar Abdul Samad berkata, ia bukan menamakan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semata-mata untuk kembali menerajui pentadbiran negeri ini.

“Bagi saya, masih terlalu awal untuk menamakan calon Menteri Besar setakat ini. Masih terdapat ramai calon-calon lain yang juga layak dalam PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan PN tidak menolak kemungkinan mencalonkan Pengerusi PN Selangor, Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor jika berjaya memenangi PRN nanti.

Peluang sentiasa terbuka kepada bekas Menteri Besar itu namun keputusan terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan PN dalam menentukan calon terbaik menjawat jawatan penting tersebut.

Dalam pada itu, Iskandar berkata, mana-mana parti yang serius untuk memenangi PRN perlu menamakan calon Menteri Besar dan barisan Exco bagi penilaian pengundi.

“Pengundi kini lebih cerdik dan bermaklumat kerana mereka tahu siapa yang akan menerajui pentadbiran jika sesebuah parti atau pakatan memenanginya. “Amalan hanya menamakan calon Menteri Besar dan barisan Exco selepas memenangi pilihan raya adalah amalan lapuk dan tidak sesuai di negeri maju seperti Selangor.

“Pengundi akan memilih calon berdasarkan merit dan terdapat parti yang jahil terhadap faktor mempengaruhi pengundi membuat pilihan. Jangan syok sendiri tetapi bertanya kepada rakyat apa yang mereka mahu dan tidak ditertawakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya