Raja Muda Perlis, Raja Puan Muda adakan pertemuan dengan Ketua Perwakilan Qatar

Raja Muda Perlis, Raja Puan Muda adakan pertemuan dengan Ketua Perwakilan Qatar

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mengadakan pertemuan dengan Salah Mohamed Al-Sorour.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mengadakan pertemuan dengan Ketua Perwakilan Qatar ke Malaysia yang baharu, Salah Mohamed Al-Sorour di ibu negara semalam.

Hadir sama ialah isteri beliau, Asmaa Abdul Rahmab Al-Hail.

Salah menerima watikah pelantikan dan Majlis Menghadap daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 21 Februari baru-baru ini.

Tuanku Raja Muda mengucapkan selamat datang serta selamat bertugas di Malaysia kepada Salah dan amat berharap kerja sama Perlis dan Qatar akan bertambah erat di masa hadapan khususnya jika hasrat Baladna Food Industries dari negara tersebut untuk melabur dalam industri tenusu di negeri Perlis menjadi realiti suatu hari nanti.

Pada bulan Disember yang lalu Raja Muda Perlis berada di Doha, Qatar bagi menyaksikan pertandingan bolasepak Piala Dunia FIFA turut meluangkan masa berangkat melawat fasiliti ladang Baladna yang merupakan salah sebuah syarikat pengeluar produk tenusu terbesar di rantau Asia Barat berkeluasan 2.6 juta meter persegi dan mempunyai 24,000 ekor lembu tenusu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya