Raduan dilantik pengerusi, Omar anggota LPU UiTM baharu - Utusan Malaysia

Raduan dilantik pengerusi, Omar anggota LPU UiTM baharu

LPU UiTM
RADUAN CHE ROS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan perlantikan Ketua Eksekutif merangkap Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Ros sebagai pengerusi baharu Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (LPU UiTM) berkuatkuasa semalam.

Selain beliau, turut diumumkan perlantikan adalah Ahli Lembaga Sirim Berhad, Datuk Omar Shariff Mydeen yang dilantik sebagai anggota baharu LPU UiTM yang berkuat kuasa pada 9 Januari lalu.

UiTM dalam ucapan tahniah menerusi media sosialnya memberitahu, perlantikan Raduan menggantikan Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah yang berkhidmat pada hari terakhirnya pada 10 Februari lalu.

Selain bekas Naib Canselor UiTM Kedua itu, turut ditamatkan perkhidmatan bersamanya adalah Datuk Seri Irmohizam Ibrahim dan Datin Norashekin Yusof.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perubahan yang berlaku di peringkat LPU UiTM adalah selaras dengan keputusan Kabinet yang menghentikan semua lantikan politik dalam pelbagai jabatan kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya