Puteri dari Perlis rebut jawatan Naib Ketua Puteri UMNO - Utusan Malaysia

Puteri dari Perlis rebut jawatan Naib Ketua Puteri UMNO

SITI SOKHLEHA NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Exco Puteri UMNO, Siti Sokhleha Nordin,35, mengesahkan bertanding jawatan Naib Ketua Puteri UMNO dalam pemilihan parti itu, sekali gus menjadi pemimpin puteri pertama dari negeri ini yang menawarkan diri merebut jawatan kedua tertinggi sayap parti itu.

Beliau menyerahkan borang pencalonan jawatan tersebut bagi sesi 2023 hingga 2026 dalam pemilihan parti itu, pada Rabu lalu di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.

Dengan pencalonan itu, Siti Sokhleha dijangka bakal berdepan tentangan Ketua Puteri UMNO Bahagian Mersing, Rina Farhana Abdullah dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani bagi merebut jawatan berkenaan.

Dalam pada itu, Siti Sokhleha juga menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Padang Besar.

Siti Sokhleha berkata, beliau yang sudah lebih 17 tahun berkecimpung di dalam politik dari peringkat cawangan, bahagian sehingga pusat bersedia memikul amanah lebih besar dengan menawarkan diri bertanding jawatan itu.

Dalam masa, beliau yang juga Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad itu juga yakin berpeluang cerah memenangi jawatan berkenaan dengan perlu meningkatkan lebih usaha.

“Jika diberi kesempatan memikul tanggungjawab sebagai Naib Ketua Puteri, saya juga sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana Ketua Puteri UMNO yang menang dalam pemilihan nanti.

“Tanggungjawab kita adalah untuk mengembalikan kembali sokongan dan kepercayaan anak muda kepada UMNO. Saya akan terus bekerja keras khususnya di peringkat akar umbi,” katanya.

Jawatan Naib Ketua Puteri UMNO kini disandang Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi yang bakal bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO dalam pemilihan parti kali ini.

Sementara itu, Siti Sokhleha berkata, sepanjang menjadi Exco Puteri UMNO, beliau telah memberikan sepenuh komitmen termasuk membantu kempen parti di Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya