Puaskan deria dengan OGAWA Maestro - Utusan Malaysia

Puaskan deria dengan OGAWA Maestro

OGAWA Maestro yang dikuasakan oleh OVERSEER, menggabungkan teknologi penyesuaian AI Pintar, dengan kemudahan dan keselesaan untuk memberikan pengalaman urutan yang lancar dan mengasyikkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGALAMI gangguan tidur, keletihan, masalah anxiety, dan tekanan kerja?

Dengan OGAWA Maestro serba baharu dari OGAWA Malaysia, anda boleh menjadikan rumah anda sebagai pusat kesihatan untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi. 

OGAWA Maestro yang diperkenalkan pada awal bulan ini telah menguasai pasaran. Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia, Datuk Lim Mee Ling, OGAWA memperluaskan tumpuannya dalam segmen pasaran kesihatan dan kesejahteraan kerana lebih ramai masyarakat mula menyedari masalah kesihatan berikutan pandemik Covid-19. 

OGAWA Maestro yang dikuasakan oleh OVERSEER, menggabungkan teknologi penyesuaian AI Pintar, dengan kemudahan dan keselesaan untuk memberikan pengalaman urutan yang lancar dan mengasyikkan.

Salah satu tinjauan menunjukkan bahawa 51% pekerja Malaysia mengalami masalah tekanan yang berkaitan dengan kerja, dan 53% perkerja yang tidur tidak melebihi 7 jam.

Menurut tinjauan tersebut juga, 20% pekerja melaporkan bahawa pembulian di tempat kerja menyumbang kepada tekanan secara keseluruhan. Lebih – lebih lagi, mereka bekerja bagi tempoh yang panjang dalam keadaan berbongkok di hadapan komputer, budaya kerja berlebihan dan kurang tidur.

Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Employment Hero, penemuan utama dalam Laporan Kesejahteraan Pekerja mendapati bahawa 58% pekerja bersetuju mereka berasa lesu akibat kerja. 

Masalah-masalah yang dinyatakan dapat diatasi melalui penggunaan kerusi urut OGAWA Maestro yang mampu menambah baik kehidupan lebih mudah dan selesa. 

Kerusi urut ini dikuasakan oleh teknologi inovatif untuk memberikan kelegaan sepenuhnya.

OGAWA Maestro menawarkan penyelesaian menyeluruh –Multi-Sensory Stimulation (MSS), yang merangkumi Terapi Sinar Merah, Terapi ION Negatif, Terapi Muzik dengan Rentak Binaural, Penderia Ketepatan AI dan Pengesan Keletihan AI. Pemproses AI mengesan keadaan tubuh anda dan membuat penyesuaian sebelum urutan untuk memberikan anda kelegaan maksima. Dengan menggunakan OGAWA Maestro, anda boleh memanjakan diri anda melalui pengalaman pelbagai deria termasuk deria penglihatan, pendengaran dan bau.

Gelombang yang dihasilkan daripada Terapi Sinar Merah merangsang otak untuk menghasilkan melatonin. Hormon semula jadi ini akan memaklumkan badan anda apabila sudah tiba masa untuk tidur. Suasana yang gelap membolehkan badan anda untuk menghasilkan melatonin yang membawa anda ke fasa tidur Rapid Eye Movement (REM) dan Irama sirkadian. REM adalah fasa apabila kita bermimpi. Aktiviti otak, pernafasan, kadar denyutan jantung, dan tekanan darah meningkat semasa fasa ini. 

Terapi ION Negatif secara aktif mengeluarkan ion negatif untuk diserap oleh badan – yang berfungsi untuk menguatkan imuniti, mengurangkan keletihan, menyingkirkan pengumpulan elektrostatik dalam badan, dan juga memperbaiki sistem peredaran darah. 

Dengan Terapi Muzik dengan Binaural Beat yang digubah khas ini, badan anda berada dalam keadaan meditasi yang mengurangkan kebimbangan, mengurangkan tekanan dan membangkitkan rasa lebih tenang dan gembira. Dengan ini, anda akan sentiasa tenang tidak kira betapa sukarnya kerja anda. 

Kawalan AI yang dikenali sebagai OVERSEER telah diperhalusi daripada generasi AI sebelumnya untuk mengimbangi keperluan badan secara lebih pantas, lebih baik berbanding sebelum ini. Menggunakan Penjejak Keletihan AI yang dipertingkatkan, ia secara automatik mengesan kedudukan otot yang tegang, untuk mengesyorkan program kesihatan (Wellness Programme) yang sesuai untuk pengguna, sebelum memulakan urutan yang ideal untuk anda. 

OGAWA Maestro boleh didapati pada harga RM27,999 seunit. Bersempena dengan pelancarannya, produk itu kini dijual pada harga RM20,999 (sehingga 31 Mac), dan pembeli juga akan menerima alat pengurutan mata premium dan kit penjagaan kulit kerusi urut secara percuma, dengan kulit waranti selama 5 tahun.

Masalah kewangan semakin membebankan 22% pekerja, seperti yang dilaporkan oleh tinjauan Tempat Kerja Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2019. OGAWA juga menawarkan pelan pembayaran ansuran 0% sehingga 68 bulan, iaitu pada harga RM10.15 sehari. 

Tonton video OGAWA Maestro: 

https://www.youtube.com/watch?v=pxe8xkkVN90

Sila layari media sosial rasmi OGAWA Malaysia di:

Facebook: OGAWAMalaysia(https://www.facebook.com/OGAWAMalaysia )

Instagram: OgawaMalaysia(https://www.instagram.com/ogawamalaysia/ )

TikTok: OgawaMalaysia(https://www.tiktok.com/@ogawamalaysia?lang=en )

Website: https://www.ogawaworld.net/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya