Program Pembangunan Remaja Kebangsaan MGA

Kolaborasi tiga syarikat jayakan Program Pembangunan Remaja Kebangsaan MGA

MOHD. Anwar Mohd. Nor (empat dari kiri) bergambar bersama penaja Program Pembangunan Remaja Kebangsaan MGA di Glenmarie Golf and Country Club, Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Program Pembangunan Remaja Kebangsaan Persatuan Golf Malaysia (MGA) mendapat suntikan baharu apabila tiga syarikat berkolaborasi menjadi penaja bagi menjayakan program tersebut.

Dengan tajaan berjumlah RM80,000 keseluruhan oleh Colla Group, Reneuco Berhad dan NJDP Training Grant Worth, ia diharap bakal melahirkan pemain golf berbakat, sekali gus mampu diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Presiden MGA, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor berkata, kerjasama yang dimeterai antara MGA dan tiga syarikat tersebut diharap menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan atlet golf remaja kebangsaan yang mampu bersaing dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

Katanya, melalui beberapa siri kejohanan golf remaja yang diadakan sebelum ini seperti yang dianjurkan oleh Sport Excel, Srixon dan juga Kejohanan Remaja MGA, pihaknya yakin melalui kerjasama itu matlamat yang diidamkan akan tercapai. 

MOHD. Anwar Mohd. Nor (dua dari kanan) bersama sebahagian pemain golf remaja kebangsaan.

“Seperti Program Pembangunan Remaja Kebangsaan MGA ini yang akan berjalan selama enam bulan bakal memberi pendedahan kepada pemain-pemain remaja kebangsaan dalam mempersiapkan mental dan fizikal sebelum menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa.

“Jadi hasil kerjasama dengan 0 Golf Academy ini, kita mengharapkan satu perancangan rapi agar matlamat untuk melahirkan lebih ramai pemain golf remaja bersaing di pentas dunia tidak tersasar,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas majlis penajaan Program Pembangunan Remaja Kebangsaan MGA di Glenmarie Golf and Country Club, di sini semalam.

Mengulas mengenai persiapan Sukan SEA di Kembola yang akan bermula pada Mei ini, Mohd. Anwar berkata, MGA menyasarkan hanya satu pingat emas sahaja pada temasya sukan itu nanti.

Ini kerana, katanya, kebanyakan pemain kebangsaan yang meraih dua emas pada Sukan SEA Hanoi lepas terikat dengan kejohanan di bawah Persatuan Atletik Kolej Nasional (NCAA) di Amerika Syarikat.

“Majlis Olimpik Malaysia minta tiga emas, tetapi kami rasa ia mustahil kerana enam pemain kita yang bagus gagal menyertainya kerana terikat dengan kejohanan NCAA. 

“Kami cuma berharap dapat satu emas tahun ini, mungkin kita sasarkan berpasukan, (kategori) individu tak dapat, berpasukan lelaki atau wanita,” katanya.

Pada temasya Sukan SEA Hanoi 2021, skuad golf negara berjaya membawa meraih dua emas, satu perak dan satu gangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya