Prife International hantar bantuan ke Turkiye, Syria

Prife International hantar bantuan ke Turkiye, Syria

prife international
Dr. Jimmy Chong pada majlis menyampaikan sumbangan kepada mangsa gemba bumi di Turkiye dan Syria di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:- Prife International menerusi Yayasan Prife menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Methodist Crisis Relief And Development (MCRD) sebagai dana bantuan untuk membantu mangsa gempa di Turkiye dan Syria.

Timbalan Presiden Kumpulan Prife International, Jimmy Chong berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu mangsa gempa selepas ia melibatkan lebih 40,000 kematian dan kemusnahan yang melampau.

Beliau yang juga pengasas Yayasan Prife turut menyatakan simpati kepada seluruh warga penduduk Turkiye dan Syria kerana ditimpa ujian yang begitu besar.

“Prife Intrnational baru saja memulakan yayasan Prife khusus untuk membantu masyarakat secara global.

“Wang RM100,000 ini juga hasil daripada kumpulan kami (Prife) yang mana telah dikumpul daripada pelbagai negara dan kini akan diberikan kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Jimmy berkata, Yayasan Prife yang akan dilancarkan pada 12 Mac ini turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang berhasrat untuk menghulur atau mendapatkan bantuan.

“Kita akan lancarkan yayasan ini pada bulan hadapan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam melibatkan lebih 13 negara.

“Sekiranya, ada lagi bantuan, kami tidak keberatan untuk terus membantu,” ujarnya.

Prife International yang baru bertapak di Malaysia pada 2021 telah berkembang ke 50 negara selain terkenal dengan produk kesihatan keluarannya iaitu iTeraCare.

Sementara itu, Pengerusi MCRD, Jacob Lee berkata, pihaknya terbuka untuk bekerjasama bersama Yayasan Prife.

“Bantuan RM250,000 akan diberikan kepada Mercy Malaysia untuk dibawa ke Turkiye pada Mac ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya