Polis siasat peserta bawa objek berbentuk senjata di perarakan Himpit - Utusan Malaysia

Polis siasat peserta bawa objek berbentuk senjata di perarakan Himpit

SEBAHAGIAN peserta yang membawa objek berbentuk senjata pada perarakan sempena program Himpit 2023 di Setiu, Terengganu, Jumaat lalu. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Polis masih meneliti sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang berhubung tindakan peserta membawa objek berbentuk senjata pada perarakan sempena program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2023 di sini, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Affandi Husain, tindakan tersebut diambil selepas gambar perarakan tersebut yang dianjurkan oleh Pemuda Pas negeri tular di media sosial sejak semalam.

Katanya, pihak polis telah berhubung dengan wakil penganjur untuk dipanggil membantu siasatan, selain menunggu sekiranya terdapat laporan polis dibuat mana-mana individu mengenai perarakan tersebut.

“Polis sedang menyiasat keaslian objek berbentuk senjata itu yang dibawa peserta ketika perarakan berkenaan sama ada replika atau sebaliknya.

“Buat masa ini, kami masih menilai tindakan yang boleh diambil ke atas penganjur atau peserta berdasarkan peruntukan undang-undang dari sudut jenayah,” katanya di sini, hari ini.

Semalam tular di media sosial gambar kira-kira 10 peserta Himpit berjubah putih berarak sambil memegang objek berbentuk tombak dan perisai ketika penganjuran program itu.

Selain itu turut tular gambar memaparkan pacuan empat roda yang membawa objek berbentuk sebilah pedang besar di bahagian muatan belakang kenderaan terbabit.

Difahamkan, program Himpit 2023 itu dirasmikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya