Polis rampas replika senjata digunakan dalam perarakan Himpit - Utusan Malaysia

Polis rampas replika senjata digunakan dalam perarakan Himpit

SEBAHAGIAN daripada replika senjata yang dirampas polis di Marang, Terengganu, malam tadi. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu merampas beberapa replika senjata yang digunakan dalam perarakan pada Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2023 di sebuah resort di Setiu, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman, rampasan tersebut dibuat di Marang dekat sini malam tadi.

Katanya, polis membuat rampasan tersebut bagi membantu siasatan polis berhubung perarakan yang melibatkan replika senjata itu.

“Pihak polis telah merampas beberapa barangan replika senjata di daerah Marang, malam tadi.

“Siasatan masih diteruskan pihak polis dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Difahamkan, rampasan itu dilakukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu.

Antara yang dirampas adalah replika senjata yang diperbuat daripada kayu serta plastik polivinil klorida (PVC).

Gambar peserta perarakan yang membawa replika senjata seperti tombak, pedang dan perisai itu tular di media sosial sejak Jumaat lalu.

Perarakan itu difahamkan diadakan sempena acara pembukaan Himpit 2023 yang berlangsung selama dua hari.

Semalam, Ketua Polis Terengganu, Rohaimi Md Isa dilaporkan berkata, polis Terengganu telah merakam keterangan seramai 12 individu bagi membantu siasatan berhubung perarakan di Setiu itu.

Menurutnya, setakat semalam, pihaknya turut menerima tiga laporan polis berhubung dengan perarakan yang membawa replikan senjata tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya