Polis ambil tindakan perarakan melibatkan replika senjata - Utusan Malaysia

Polis ambil tindakan perarakan melibatkan replika senjata

SEBAHAGIAN peserta yang membawa replika senjata pada perarakan sempena program Himpit 2023 di Setiu, Terengganu,  Jumaat lalu. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu tidak teragak-agak mengambil tindakan berhubung perarakan yang melibatkan replika senjata pada program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2023 di Setiu, kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti kesalahan yang dilakukan pada perarakan tersebut.

Beliau berkata, hasil siasatan setakat ini, perarakan itu adalah salah satu pertandingan pada program tersebut yang bertemakan pakaian, senjata dan warisan Islam.

“Program tersebut didapati berlaku di sebuah resort di Setiu pada Jumaat lalu dan acara perarakan seperti yang tular di media sosial itu turut disertai semua daerah.

“Bagaimanapun daripada semua daerah di negeri ini yang bertanding, hanya peserta dari satu daerah sahaja yang mengenakan pakaian dan replika objek berbentuk senjata.

“Penganjuran program sudah berada dalam pengetahuan pihak polis namun kami tidak dimaklumkan tentang pertandingan perarakan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini, petang ini.

Menurut Rohaimi, penyebaran isu tersebut juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati serta kegusaran dalam kalangan sesetengah masyarakat khususnya di negeri ini.

“Polis akan menjalankan siasatan bagi kesalahan yang dilakukan ketika acara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” ujarnya.

Terdahulu tular di media sosial gambar beberapa orang lelaki membawa objek berbentuk senjata iaitu tombak dan perisai sambil berarak pada satu progam anjuran sebuah parti politik.

Selain itu, sebilah pedang besar turut berada di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai bagi acara konvoi perarakan yang sama pada program terbabit. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya