PM yakin pendaki negara mampu tawan Everest

PM yakin pendaki negara mampu tawan Everest

PENDAKI Malaysia Everest (ME 2023) sempat bertemu Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pasukan Malaysia Everest 2023 (ME 2023) dapat menawan pucak tertinggi dunia itu sekali gus mengharumkan nama negara.

Perdana Menteri turut mengucapkan selamat pergi dan kembali kepada pasukan  pendaki yang akan memulakan misi bermula April ini.

Katanya, semua pendaki ME 2023 dinasihatkan agar sentiasa menjaga keselamatan diri sepanjang misi berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan dan suai kenal pasukan ME 2023 di Bangunan Parlimen di sini hari ini yang turut dihadiri Chef De Mission ME 2023, Tan Sri Salleh Mohd. Nor. 

Sementara itu, Ketua misi ME 2023, Azim Afif Ishak berkata, pihaknya  mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi meluangkan masa bertemu dengan pendaki ME 2023.

Beliau yang juga bekas pendaki Everest 2016 berkata, pertemuan ini sangat bermakna bagi mereka terutama kepada seorang peserta orang kurang upaya (OKU) pekak, Muhammad Hawari Hashim, 33, bagi menyuntik semangat.

“Kata-kata semangat yang diberikan Perdana Menteri akan dijadikan pembakar semangat kepada kami semua bagi mencapai menawan puncak itu kali ini sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global,” katany. 

Pertemuan ini turut disertai tiga  pendaki lain iaitu Ketua Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Awang Askandar Ampun Yaacub; anggota Komando 69 Kem Ulu Kinta, Koperal Pragash Murugesu, 33 dan kakitangan swasta, Ayu Wanirah Naharuddin,30.

ME 2023 yang mendapat sokongan Kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dianjurkan Kelab Eksplorasi Altitud yang turut mempromosikan aspek perpaduan dan membina bangsa Malaysia melalui kepelbagaian bangsa.

Misi ME 2023 yang akan bermula April ini sehingga 11 Jun adalah kesinambungan misi tahun lalu yang terpaksa ditangguhkan disebabkan angin kencang disusuli ribut salji mencecah kelajuan 54 kilometer (km) hingga 70 km per jam. 

Ketika itu, kedudukan empat pendaki berada kira-kira 7,600 meter (m) dari paras laut ( 8,849 m ketinggian Everest) di ‘Yellow Band’ antara kem tiga dan kem empat dan hanya  memerlukan anggaran 16 jam untuk tiba dipuncak. 

Misi itu ditangguhkan atas nasihat ketua sherpa pendaki demi keselamatan dan dikhuatiri berdepan pelbagai masalah kepada pendaki jika diteruskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya