‘PM tolong ada empati, luluskan pengeluaran KWSP bersasar’

‘PM tolong ada empati, luluskan pengeluaran KWSP bersasar’

PENCARUM bergambar di cawangan KWSP negeri masing-masing bagi menuntut pengeluaran caruman KWSP secara bersasar. - IHSAN PGIRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sedikit rasa empati dalam membantu mereka yang tertekan dengan meluluskan segera pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula Mac ini. 

Presidennya, Azmi Mohd. Tahir berkata, rakyat sangat terdesak dan tertekan sehingga sanggup bergambar di hadapan cawangan KWSP di negeri masing-masing demi untuk menzahirkan kesusahan dan kesungguhan. 

Katanya, ia juga bagi membuktikan bahawa pencarum bukan membuat tuntutan luar jangka itu secara suka-suka, tetapi ia semua disebabkan oleh kehidupan mereka benar-benar terkesan. 

“Lihatlah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sanggupkah sesebuah Kerajaan Perpaduan yang memerintah melihat keadaan ini di negara Malaysia yang tercinta. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup keluarga mereka, demi mendapatkan wang simpanan persaraan mereka sendiri. 

“Mereka sudah tidak pedulikan lagi apa masyarakat lain kata, yang penting tuntutan pengeluaran kecemasan KWSP bersasar diluluskan dengan kadar segera sebelum sesi persekolahan 2023/2024 dibuka tidak lama lagi. 

“Tolong Datuk Seri Anwar Ibrahim ada rasa sedikit empati terhadap rakyat yang merayu seperti pengemis. Mereka ini ada maruah, tetapi keadaan sangat tertekan, maruah diketepikan. Wajarkah sebagai seorang ketua pemimpin negara melihat semua ini?” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

PGIRM sebelum ini membawa suara lebih 300,000 pencarum bagi menuntut pengeluaran caruman KWSP secara bersasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini.

Sebanyak 15 faktor utama dikenal pasti membelenggu mereka yang menuntut pengeluaran khas itu, yang merangkumi desakan hidup, pendapatan tidak seimbang dan tunggakan hutang pascapandemik Covid-19.

Bagaimanapun, media pada Jumaat lepas melaporkan, kerajaan memutuskan tidak membenarkan wang simpanan KWSP dikeluarkan lagi bagi menjamin masa depan pesaraan pencarum. 

Perdana Menteri dilapor berkata, bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan sedang mencari mekanisme lain tanpa memberi impak terhadap pencarum ketika bersara nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya