PM luang masa makan tengah hari, solat Jumaat bersama rakyat Sepang

PM luang masa makan tengah hari, solat Jumaat bersama rakyat Sepang

ANWAR Ibrahim meluangkan bersama menikmati makan tengah hari bersama rakyat di Medan Selera Taman Putra Perdana, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersama rakyat menikmati sajian makan tengah hari di Medan Selera Taman Putra Perdana, di sini.

Perdana Menteri yang tiba kira-kira pukul 12.40 tengah hari menjamu sajian Nasi Ayam Hainan disediakan pemilik gerai, Shafeek Affendi Abdul Malek di medan selera itu.

Medan selera itu menempatkan kira-kira 27 lot gerai menjual pelbagai sajian makanan yang dibuka seawal pukul 7 pagi dan menjadi antara lokasi pilihan bagi rakyat setempat di sini menjamu selera untuk sarapan pagi dan makan tengah hari.

Usai menjamah hidangan itu, Anwar yang memakai baju Melayu meluangkan masa kira-kira 20 minit dan beramah mesra dengan pengunjung di medan selera berkenaan.

Turut hadir mengiringi Anwar, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari.

Beliau kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Taman Putra Perdana di sini bersama kariah masjid serta orang ramai.

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan kariah masjid selepas menunaikan solat Jumat di Masjid Jamek, Taman Putra Perdana, Sepang, Selangor. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Aktiviti makan tengah hari dan solat Jumaat ini adalah program mingguan Perdana Menteri untuk bertemu rakyat sejak menerajui kerajaan perpaduan pada November tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya