Pilihan utama tepati ramalan muncul juara perseorangan - Utusan Malaysia

Pilihan utama tepati ramalan muncul juara perseorangan

LANLANA Tararudee (kiri) menumpaskan Jaeda Daniel untuk muncul juara acara perseorangan kejohanan Tenis Sanctband ITF World Tenis Tour di Ipoh hari ini. - UTUSAN/AZIZAN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lanlana Tararudee menepati ramalan selaku pilihan pertama apabila muncul juara acara perseorangan Kejohanan Sanctband International Tennis Federation (ITF) World Tennis Tour Women W15  Pusingan 1 di sini hari ini.

Pemain Thailand itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Jaeda Daniel dari Amerika Syarikat dalam tempoh 2 jam 3 minit pada aksi final di Arena Tenis Perak.

Lanlana bermula garang apabila menang set pertama dengan bergaya 6-0 namun Jaeda tidak mudah menyerah kalah dan memperbaiki persembahan pada set kedua dengan kemenangan 6-3.

Walau bagaimanapun, kesungguhan Jaeda itu belum cukup untuk menyekat Lanlana merangkul gelaran apabila menamatkan perlawanan dengan kemenangan 6-2.

Selaku juara, Lanlana membawa pulang hadiah wang tunai RM10, 418 manakala Jaeda berpuas hati dengan RM6, 511 .

Kejayaan itu juga meletakkan Lanlana yang menduduki ranking ke-142 ITF pada kedudukan terbaik bagi menghadapi pusingan kedua di Kuala Lumpur yang dijadualkan bermula esok.

“Ini gelaran kedua saya tahun ini selepas muncul juara Kejohanan W40 di Bangkok, baru-baru ini.

“Kejayaan ini meletakkan saya pada atas landasan betul bagi menghadapi pusingan kedua dan ketiga,” kata pemain itu.

Kejohanan anjuran Persatuan Lawn Tenis Perak (PLTA) itu menarik seramai 79 orang pemain dari 20 buah negara antaranya Ukraine, Taiwan, China, Jepun, India, Korea, Australia, Kazakhstan dan tuan rumah Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya