Pesawah lega terus terima bantuan

Pesawah lega terus terima bantuan

MUHAMMAD Farhan Kassim mencangkul tanah bagi membuat batas di petak sawah padi selepas selesai musim menuai di Kampung Permatang Kedundung, Pinang Tunggal di Sungai Petani, Kedah, semalam -UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Golongan pesawah bersyukur melalui pengumuman serentak dua berita gembira membabitkan bantuan RM200 sebulan dan perkongsian 30 peratus keuntungan daripada Padiberas Nasional Berhad (Bernas) kerana mampu meringankan beban mereka.

Pengumuman dibuat melalui pembentangan Belanjawan 2023 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri pada Jumaat lalu itu diibaratkan seperti durian runtuh dan sememangnya dinantikan mereka.

Mariah @ Zaharah Abdullah, 71, pesawah dari Kampung Permatang Kedundung, Pinang Tunggal di sini berkata, dia memang telah lama menantikan bantuan bulanan daripada kerajaan seperti yang diterima golongan nelayan.

“Kami tidak mempunyai punca pendapatan lain dan semata-mata bergantung kepada hasil padi yang diusahakan.

“Dengan perbelanjaan semakin meninggi dapatlah kami guna wang pemberian kerajaan itu untuk menampung hidup sebelum tiba musim menuai,” katanya yang mengusahakan kira-kira 1.5 hektar sawah padi sambil dibantu ahi keluarganya.

Seorang lagi pesawah, Shahril Shamsudin, 40, berkata, dia teruja kerana bantuan bulanan sebanyak RM200 selama tiga bulan itu boleh digunakan menampung kos membeli baja dan racun tambahan serta dijimatkan untuk perbelanjaan keluarga.

“Nilai RM200 kepada golongan pesawah seperti kami terlalu besar terutamanya ketika menunggu musim menuai berikutan waktu itu kami tiada pendapatan.

“Jika padi menjadi seperti yang diharapkan syukurlah, tetapi jika sebaliknya wang pemberian kerajaan ini dapat meringankan beban untuk perbelanjaan harian keluarga,” katanya.

Muhammad Farhan Kassim, 31, berkata, selain pemberian RM200 selama tiga bulan itu, jaminan perkongsian keuntungan Bernas sebanyak 30 peratus dengan pesawah akan dimanfaatkan sebaiknya untuk menyara keluarga.

“Selama ini kami golongan pesawah tidak mempunyai simpanan kerana keuntungan diperolehi selepas musim menuai terlalu sedikit.

“Banyak upah yang perlu dibayar seperti menanam, membajak, menyembur racun dan menuai padi menyebabkan hasil jualan setiap musim cukup untuk perbelanjaan harian sahaja,” katanya.

Muhammad Farhan yang mengerjakan sawah sebanyak 3 hektar berkata, dengan adanya pemberian itu dia boleh menabung untuk digunakan ketika waktu sesak berbanding sebelum ini yang dipinjam daripada kawan-kawannya terutama ketika menghadapi kecemasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya