Perluaskan Menu Rahmah di kolej-kolej kediaman, restoran IPT

Perluaskan Menu Rahmah di kolej-kolej kediaman, restoran berhampiran IPT

menu rahmah
KERAJAAN menawarkan harga barangan mentah dan barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu Rahmah pada kadar diskaun khas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Restoran-restoran berhampiran Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disaran turut memperkenal Menu Rahmah untuk hidangan makan tengah hari dan malam sekali gus membantu meringankan beban mahasiswa.

Selain itu, hidangan dengan harga murah itu juga disaran diperluaskan di kolej-kolej kediaman IPT memandangkan kebanyakkan mahasiswa terdiri daripada golongan keluarga berpendapatan rendah (B40).

KAMARUL AZMAN KHAMIS

Dekan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, langkah kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah sangat bertepatan dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini.

Katanya, langkah tersebut juga membantu rakyat dalam menjimatkan perbelanjaan.

Justeru, katanya, beliau mencadangkan agar menu tersebut diperluaskan di kolej-kolej kediaman bagi memudahkan mahasiswa mendapat makanan dengan harga rendah sekali gus meringankan beban mereka.

“Restoran-restoran atau kedai-kedai makan berhampiran universiti juga boleh mengikut langkah sama memandangkan ramai mahasiswa yang selalu menjamu selesa di kedai makan berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Menu Rahmah yang menyediakan makanan berharga bawah RM5 akan dilaksanakan di semua IPT di negara ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata, perkara itu sedang diperhalusi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Tambah Kamarul Azman, inisiatif yang diperkenalkan kerajaan itu sangat-sangat membantu rakyat dan diharap terus diperluaskan di peringkat IPT bagi meringankan beban mahasiswa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya