Perlis mohon peruntukan RM3 bilion laksana 80 projek berskala tinggi - Utusan Malaysia

Perlis mohon peruntukan RM3 bilion laksana 80 projek berskala tinggi

MOHD. Shukri Ramli (tiga dari kiri) menyaksikan Hasnol Zam Zam Ahmad (empat dari kiri) membuat gimik menanam anak pokok kelapa sewaktu program RAKERSAP di pekarangan kawasan tangki air SAP Anak Chelong, Kangar, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) memohon peruntukan sebanyak RM3 bilion kepada kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan 80 projek berskala tinggi di negeri ini.

Peruntukan tersebut bertujuan memastikan segala pelaksanaan pembinaan prasarana dapat dilaksanakan sebaiknya demi kesejahteraan rakyat negeri ini.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri berharap agar permohonan itu dapat diluluskan selepas ini selaras dengan konsep kerajaan Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya rasa tiada masalah untuk Perdana Menteri luluskan semua permohonan itu untuk memastikan kesejahteraan rakyat negeri ini daripada segi prasarana dan kemudahan tidak ketinggalan,” katanya selepas Program Rehlah Keluarga Syarikat Air Perlis (RAKERSAP) di Tangki Air SAP Anak Chelong, di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, pihaknya turut berharap agar masalah bekalan air di Perlis akan dapat diselesaikan selepas ini menerusi beberapa langkah dan usaha dilaksanakan oleh SAP.

Ujarnya, pengguna juga disaran agar dapat menjelaskan bayaran tunggakan bil mereka bagi membantu melancarkan operasi SAP dalam memastikan orang ramai dapat menikmati bekalan air bersih yang mencukupi.

“Saya amat menyeru agar semua pihak dapat selesaikan bayaran tunggakan mereka dengan segera dan pastikan tiada tunggakan bil yang begitu banyak,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri dan SAP juga sedang memantau rapat masalah air tidak terhasil (NRW) dan beberapa punca telah dapat dikenal pasti menyebabkan berlakunya isu itu.

“Sekiranya semua masyarakat dapat melaporkan segera kejadian paip pecah, ia dapat membantu dalam menyelesaikan isu NRW ini dengan seberapa segera,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai program berkenaan, Mohd. Shukri berkata, aktiviti gotong-royong itu merupakan satu usaha yang baik dan turut mendapat kerjasama daripada kakitangan SAP serta sukarelawan luar antaranya dari Pulau Pinang, Pahang dan Selangor.

“Loji air ini merupakan loji kecemasan dan kita akan gunakannya pada waktu sesak sekiranya wujud keperluan bekalan air tidak mencukupi di kawasan sekitar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya