Khidmat feri ke Langkawi dari Terminal Kuala Perlis dihentikan

Khidmat feri ke Langkawi dari Terminal Kuala Perlis dihentikan pada 1 dan 2 Mac

langkawi
MASALAH alur pelayaran cetek menyebabkan perkhidmatan feri sering tergendala di terminal Feri Kuala Perlis, Perlis. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perkhidmatan feri dari Terminal Kuala Perlis ke Pulau Langkawi terpaksa dihentikan sementara pada 1 dan 2 Mac depan susulan daripada situasi alur pelayaran cetek.

Paras air laut di alur pelayaran Kuala Perlis sewaktu tarikh berkenaan dikatakan berada pada paras bawah 1.6 meter dan tidak selamat untuk dimasuki feri.

BAHARIN BAHAROM

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, berikutan itu, penumpang dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah bagi menggelakkan sebarang kesulitan.

“Semakan dan tempahan tiket dalam talian boleh dilakukan menerusi aplikasi Cuti-Cuti Langkawi,” katanya.

Menerusi jadual perjalanan dikeluarkan bagi dua tarikh itu, sebanyak lima trip kekerapan feri disediakan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 7 petang.

Selain itu, sebanyak lima trip perkhidmatan feri turut disediakan dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi bermula pada pukul 7 pagi sehingga 7 malam pada tarikh sama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya