Percepat PLSB Sungai Golok Fasa 3 – Penduduk - Utusan Malaysia

Percepat PLSB Sungai Golok Fasa 3 – Penduduk

MOHD. Nor Deraman menunjukkan projek PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Penduduk yang tinggal di pinggir Sungai Golok lega apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan projek Pembangunan Lemba­ngan Sungai Bersepadu (PLSB) Su­ngai Golok Fasa 3 diteruskan selepas ditangguhkan bagi proses tender semula.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, Syed Zainal Abidin Syed Mamat, 63, berkata, walaupun projek itu ditender semula selewat-lewatnya Jun ini namun ia cukup menggembirakan ramai pihak.

Menurutnya, penduduk tidak peduli berapa fasa sekalipun namun berharap ia dapat disiapkan dengan cepat mengikut jadual.

“Hal ini kerana, kami sudah tidak sanggup berdepan banjir luar biasa sehingga bumbung rumah ditenggelami air. Dalam setahun empat kali kami terpaksa berdepan banjir,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Syed Zainal memberitahu, antara kampung yang sering terjejas dengan banjir ialah Kampung Tersang, Bendang Perol, Gual To’ Deh, Lanchang dan banyak lagi.

Katanya, setiap kali banjir melanda lebih 3,000 mangsa akan berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara itu penduduk Kampung Serongga, Mohd. Nor Deraman, 58, memberitahu, dia berharap projek PLSB itu disiapkan segera bagi menyelamatkan kawasan kampung di pinggir Sungai Golok daripada masalah banjir, se­perti diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini.

Katanya, penduduk tidak tolak pembangunan namun mahu kerajaan mencari alternatif bagi mengatasi masalah itu.

“Apa yang kami minta ialah, perbanyakkan pintu air untuk alirkan air keluar setiap kali banjir melanda.

“Kami akur banjir buruk berlaku kerana masalah projek benteng ini dalam pembinaan tetapi penyelesaian sementara itu perlu ada kerana yang menanggung sengsara itu rakyat,” katanya.

Utusan Malaysia melapor­kan, kerajaan memberi jaminan proses tender semula melibatkan projek tebatan banjir tidak mengambil masa panjang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya