Penyondol? Sophia Albarakbah fokus panggambaran - Utusan Malaysia

Penyondol? Sophia Albarakbah fokus panggambaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Saya tidak terganggu dengan apa sahaja isu sepanjang penggambaran.”

Itu jawapan pelakon, Sophia Albarakbah apabila diasak soalan berhubung dakwaan kononnya dia menjadi penyebab masalah rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Tanpa mengiyakan atau menafikan dakwaan tersebut, Sophia ketika ini, memberi sepenuh fokus untuk menamatkan penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang berbaki dua minggu lagi.

“Semua kru produksi, termasuk pelakon tidak pernah membangkitkan tentang isu tersebut di set penggambaran.

“Semua orang berkerja secara profesional. Sejak hari pertama kami bekerja, masing-masing fokus terhadap kerja dan tiada yang bercakap tentang perkara lain,” kata Sophia ketika ditemui selepas sidang akhbar Anugerah Drama Sangat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sophia tidak menyangka, Ku Akad Kau Dengan Bismillah tetap mendapat sambutan ramai dan menjadi bualan ramai di media sosial.

“Memang tidak jangka drama itu akan meledak. Selalunya, selepas tamat penggambaran baru drama meletup, tetapi sebaliknya berlaku pula untuk drama ini.

“Respon positif mengenai jalan cerita serta keserasian antara pelakon juga menggembirakan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya