Penyeludup buang 30 kg minyak masak paket elak dicekup

Penyeludup buang 30 kg minyak masak paket elak dicekup

ANGGOTA penguat kuasa KDPN Kelantan menunjukkan minyak masak paket yang telah dibuang oleh penyeludup semasa berusaha melakukan tangkapan di Kampung Delima, Tumpat, Kelantan.-UTUSAN/IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang penyeludup sanggup bertindak membuang 30 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi bagi mengelakkan dari dicekup anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan semalam.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, penyeludup berkenaan bertindak demikian selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser yang dipandu dalam keadaan mencurigakan telah dikejar oleh anggota penguat kuasa KPDN Kelantan.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, sejurus menyedari kegiatan haramnya itu berjaya dikesan suspek telah bertindak melulu dengan mencampakkan beberapa kotak minyak masak bersubsidi tersebut keluar dari kenderaan diatas jalan raya dan menuju ke arah Kampung Delima.

Menurutnya, bagaimanapun suspek berjaya meloloskan diri dari anggota penguat kuasa.

“Hasil pemeriksaan lanjut, KPDN Kelantan telah menjumpai minyak bersubsidi anggaran sebanyak 30 kg diatas jalan raya di Kampung Delima,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman memberitahu, pihaknya sudah mengenalpasti suspek yang merupakan lelaki warga tempatan dan berambut panjang serta berusia 30-an kerana menghalang serta mengganggu penjawat awam melakukan tugasan.

Katanya, kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya