Kakitangan Yayasan Pembangunan Keluarga maut,

Kakitangan Yayasan Pembangunan Keluarga maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh teksi

KEADAAN motosikal  berkuasa tinggi ditunggangi Muhamad Hilmie Zawawi yang remuk selepas merempuh sebuah teksi dalam kemalangan di Kilometer 127, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Resort World, Kijal, Kemaman, hari ini.  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang kakitangan Yayasan Pembangunan Keluarga di daerah ini maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh sebuah teksi dalam kemalangan di Kilometer 127, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Resort World, Kijal, di sini, hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi, mangsa, Muhamad Hilmie Zawawi, 28, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki EX650C mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, difahamkan ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di bandar Chukai dari kediamannya di bandar Paka, Dungun. 

“Siasatan awal mendapati, semasa mangsa sedang meneruskan perjalanan ke arah Kemaman dari arah Paka, tiba-tiba datang sebuah teksi jenis Nissan Sentra yang datang dari arah bertentangan telah masuk ke simpang kiri secara mengejut. 

“Akibat jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak dan terlanggar kereta tersebut menyebabkan mangsa tercampak kira-kira sembilan meter di atas jalan,” katanya. 

Hanyan berkata, pemandu teksi berusia 76 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang mengalami kecederaan parah di bahagian tulang belakang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya