Penunggang basikal koma dilanggar lari - Utusan Malaysia

Penunggang basikal koma dilanggar lari

Basikal langgar lari
REMUK teruk keadaan basikal mangsa yang dilanggar lari dekat Batu 1 Jalan Kapar, di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis sedang mengesan saksi kemalangan langgar lari melibatkan seorang penunggang basikal warga emas di Batu 1 Jalan Kapar di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu mengakibatkan mangsa, The Hong Goun, 79, parah di kepala dan dilaporkan masih koma di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata,  siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lelaki itu sedang menyorong basikal untuk melintas jalan.

Katanya, sebuah kenderaan kemudian melanggar mangsa sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

“Mangsa yang parah di kaki, kepala dan badan dihantar ke HTAR dan dilaporkan masih koma. Polis telah menerima laporan daripada keluarga mangsa manakala kenderaan yang melanggar itu belum berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Vijaya Rao,  kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian  menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Abdul ‘Azim Mazlan di talian 013-4146144 bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya