Penubuhan lembaga unggas dalam perbincangan

Penubuhan lembaga unggas dalam perbincangan

MOHAMAD Sabu (tengah) pada Majlis Perasmian Pusat Operasi dan Kilang Milagro di Krubong, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Cadangan dikemukakan pelbagai pihak berhubung keperluan penubuhan lembaga unggas bagi menstabilkan harga ayam dan telur sedang berada dalam perhatian kerajaan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara itu kini dalam peringkat perbincangan, namun enggan mengulas lanjut.

“Itu (lembaga unggas) peringkat perbincangan, akan kita teruskan,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Operasi dan Kilang Milagro di Krubong di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia berkenaan gesaan pemain industri yang meminta cadangan penubuhan lembaga unggas diperhalusi kerajaan, selain melantik syarikat milik kerajaan (GLC) untuk terlibat seratus peratus dalam menghasilkan anak ayam day old chick (DOC) serta makanan dedak ayam.

Akhbar ini hari ini turut melaporkan, kerajaan digesa menyalurkan segera subsidi kepada pengusaha ladang ayam dan telur bagi membantu mereka mendapatkan modal pusingan untuk mengembangkan operasi bagi memenuhi permintaan yang bertambah menjelang sambutan perayaan Aidilfitri tahun ini.

Difahamkan, kali terakhir pengusaha ladang menerima subsidi bagi penghasilan telur adalah pada September lalu, berjumlah secara purata RM500,000 sebulan.

Bagaimanapun, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja menafikan dakwaan itu dengan menyatakan penyaluran subsidi masih disalurkan kerajaan sehingga kini.

“Masih bagi subsidi itu belum ditarik balik. Kita lihat harga telur itu melambung kerana kenaikan harga makanannya terutama soya dan juga jagung, menyebabkan harga ayam dan telur naik mendadak.

“Kerajaan membayar subsidi lebih RM1.8 bilion untuk menstabilkan harga telur dan ayam,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya