GUA MUSANG: Kenaikan harga lantai getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram menerusi Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah seperti diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023 kelmarin, melegakan penoreh yang ketika ini terhimpit dengan peningkatan kos sara hidup. Rata-rata penoreh yang ditemui Mingguan Malaysia menyifatkan langkah itu tepat bagi membantu mereka yang ketika ini terkesan akibat kejatuhan harga komoditi tersebut. Penoreh getah, Ismail Awang Hamad, 59, berkata, langkah itu dapat menambah pendapatan harian mereka ketika sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini. “Walaupun mengharapkan harga getah melebihi paras RM3, kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya